Tuesday 19 February 2013

1) Jangkitan bakteria

SEBAB/KESAN
Dikesan apabila matanya kabur,ekor layu, kulit serba tak kena@bewarna merah dan bernafas kencang.

Rawatan
Tetracycline atau MarOxy

2) Ekor layu

SEBAB/KESAN
Selalunya akibat tertekan dan keadaan air yang teruk. Kadangkala akibat dari jangkitan bakteria

Rawatan
Aquarisol atau akuarium bergaram

3) Badan berkulat

SEBAB/KESAN
Benda keputihan yang melekit tergantung menyelubungi badan

Rawatan
Maracyn atau Furacyn


4) Sembelit

SEBAB/KESAN
Dikesan apabila betta mengambil masa lama untuk membuang najisnya atau najisnya tergantung lama tidak jatuh.Ini akibat diberi makanan berkanji kering dan kurang kepelbagaian makanan

Rawatan
Makan bersukat atau diberi makanan yang dibeku/hidup

5) Dropsy (Kegagalan buah pinggang berfungsi)

SEBAB/KESAN

Pembentukan bendalir yang keterlaluan dalam badan. Akibatnya ikan hilang selera makan, bengkak badan, sisiknya teruk dan kelihatan lembap. Selalunya menyebabkan kematian

Rawatan
Tetracycline

6) Ekor memburuk

SEBAB/KESAN
Kerana bakteria diluar. Akibatnya ekor semakin memburuk, pecah serta berbulu

Rawatan
Betta Max atau MelaFix

7) Mulut berkulat

SEBAB/KESAN

Mulut betta kelihatan ditumbuhi benda putih@kelabu

Rawatan
Penyingkir Fungus atau Furanase

8) Penyakit Insang

SEBAB/KESAN

Tidak mengembang dan insang bewarna merah@berkilau. Ikan akan selalu berada dipermukaan atas bekas apabila dijangkiti.

Rawatan
.Maracyn

9) Lubang di kepala

SEBAB/KESAN

Betta akan membina lubang kecil di atas kepala

Rawatan
Hexamit

10) Ich

SEBAB/KESAN
Penyakit berjangkit. Dikesan melalui bintik putih kecil menyelubungi badan

Rawatan
Aquarisol atau rawatan cepat

11) Parasit

SEBAB/KESAN
Parasit kecil seperti cacing Anchor melekat dibadan betta menyebabkannya menggosokkan badan pada sesuatu benda untuk membuangkannya.

Rawatan
Coppersafe atau Fluke tab

12) Selera makan buruk

SEBAB/KESAN
Dikesan apabila betta menjadi lembap dan murung

Rawatan
Betta Max

13) Penyakit mata

SEBAB/KESAN
Matanya menjadi besar dan kabur atau mungkin tertonjol keluar

Rawatan
Maracyn

14) Berenang hodoh

SEBAB/KESAN
Dikesan apabila betta berenang mengereng kesisi, menggeselkan perutnya atau selalu berada di permukaan bawah bekas. Penyakit yang berbahaya dan boleh membawa maut

Rawatan
Tiada ubat, tetapi diberi makan selalu mungkin dapat membantu

15 Fish Lice


SEBAB/KESAN

Dijangkiti bakteria yang menyebabkan badan atau ekor ikan terdapat bintik bewarna merah, seperti demam campak

Rawatan
Copper safe atau akuarium bergaram

16 Velvet

SEBAB/KESAN


Penyakit yang selalu dihadapi oleh anak ikan pelaga. Penyakit yang berjangkit dan membawa kematian. Dikesan apabila ada bintik coklat atau warna karat di badan dan warna badannya semakin pudar. Jika diteliti dengan betul dapat diperhatikan badannya ditumbuhi fungus

Rawatan

Acraflavin, aquarisol, Copper safe, sejenis produk bernama Had-A-Snail atau sedikit garam mengikut sukatan 


Sumber daripada http://myagrovillage.blogspot.com

Saturday 9 February 2013

CARA PENJAGAAN ANAK IKAN LAGA

Selepas ikan dibiak akan kelihatan sarang buih dipermukaan air. Pada sarang buih tu terdapat anak2 ikan yang masih kecil. Ikan laga yang masih kecil kan sentiasa berada di sarang. Apabila anak2 ikan ni dah membesar sikit anda akan nampak anak2 ikan ini akan berenang bebas seperti gambar dibawah. Waktu ni mereka sesuai untuk diberi makan.







Anda boleh memberi anak ikan ni makan makanan ikan biasa. Tapi makanan tu perlu ditumbuk sehingga halus baru boleh diberi makan. Anak ikan laga yang masih baru perlu diberi makanan yang muat dengan mulutnya. Gambar dibawah ini adalah adalah gambar anak ikan yang masih baru.







Anak ikan selepas beberapa minggu.Pada ketika ini mereka boleh diberi makan jentik2/anak nyamuk







Anak ikan yang dewasa selalunya berumur 2-3 bulan. Waktu ni anak2 ikan dapat diasingkan. Sesetengah ikan takkan membesar secara serentak/sekali. Ikan yang dah cukup dewasa perlu diasingkan.

TIPS TAMBAHAN

  1. Untuk mendapatkan ikan laga yang cantik anda boleh memberi ikan ini makan jentik2
  2. Jentik2 perlu dibersihkan dulu kerana air yang mereka tinggal tidak bagus untuk ikan laga
  3. Anda hanya perlu letakkan ikan dalam air yang tiada klorin selama beberapa minit baru diberi pada ikan laga
  4. Anda juga boleh letak bekas ikan bertentangan supaya ekor mereka dapat mengembang apabila melihat antara satu sama lain.
  5. Induk betina hanya mempunyai saiz ekor yang sederhana mereka ini tidak perlu diasingkan induk ini boleh diletak sekali dengan induk betina lain.

Sunday 3 February 2013

Cara Mengawankan Ikan Laga

LANGKAH PERTAMA: Kenalpasti Jantina Cara nak kenalpasti ikan laga jantan dan ikan betina senang je. Biasernya ikan jantan ekor die panjang, warna lebih terang, dan lebih agresif. Tapi sekarang ni para penternak dah hasilkan betina yang ekor panjang dan warna yang terang. Jadi untuk kenal pasti ikan laga betina ialah melalui abdomen dan juga biji putih di bahagian anusnya. Tengok gambar kat bawah tu..nampak tak biji putih kat perut tu.
LANGKAH KEDUA : Pilih Induk Yang Matang
Untuk membiakkan ikan laga, anda mesti memastikan induk yang akan dibiakkan adalah matang. Ikan laga biasenya dah matang bila mencapai umur 4 bulan sekiranya diberi makanan yang secukupnya. Tapi anda boleh memerhatikan ikan laga tersebut.
Jantan
Induk jantan yang matang dan bersedia untuk membiak akan membuat buih di permukaan..tuh maknenya dia tengah ‘hot’ arr tuh.

Betina
Bagi yang betina pula, anda perlu perhatikan perut atau abdomennya. Induk ikan laga betina yang bersedia untuk dibiakkan mempunyai perut yang buncit dan terdapat biji putih di bahagian anusnya.


LANGKAH KETIGA: Sediakan Tangki Yang Sesuai
Bagi kaedah pembiakan, anda perlu menyediakan tangki yang selesa sekurang-kurangnya bersaiz 1 kaki x 1 kaki x 1 kaki. Anda boleh menggunakan macam-macam contohnya akuarium, baldi, dan sebagainya. Lagi besar lagi bagus kerana tangki yang besar boleh meningkatkan peluang anak-anak ikan untuk hidup. Masukkan air lebih kurang 4,5 inci dari dasar. Jangan letak air terlalu dalam, nanti payah induk-induk tu nak kutip telur. Dalam tangki tu kalau boleh letak la sikit perlindungan untuk induk betina macam kayu atau pokok kiambang. Mana tahukan kot-kot yang jantan ganas. Senangla induk betina nak menyorok bila kena kejar. Satu petua nak kongsi dengan anda semua, anda boleh meletakkan daun ketapang kering atau nama saintifiknya almond leaf ke dalam tangki tu..daun ketapang ni macam tongkat ali atau booster la untuk ikan ni..air akan jadi berasid dan sesuai untuk pembiakan..die lagi gersang..dan cepat membiak. Untuk meransang pembentukan buih oleh jantan, sebaiknya letak la polistrene atau kiambang untuk mengekalkan buih tuh sebab ikan akan suka buat buih di bawahnya.

 
Ni la daun ketapang, tapi jangan letak yang masih hijau lak. Letak yang dah kering.

LANGKAH KEEMPAT: Masukkan Induk Jantan Dahulu Dalam Tangki
Sebaiknya anda letak induk jantan dulu dalam tangki pembiakan. Induk betina ni anda masukkan dalam bekas kaca atau apa-apa bekas lutsinar (biar yang jantan boleh nampak). Lepas tu masukkan dalam tangki yang ada induk jantan tadi. Ikan ni tak boleh dilepaskan sekali dalam tangki kerana yela..nama pun ikan laga..nanti ikan tu akan berlaga. Kalau betina kalah takpe, tapi kalau induk jantan yang kalah maknanya anda kena cari calon suami lain la untuk dia. Jadi macam ni la caranya untuk mengelakkan dari ikan-ikan ni berlaga. Kena kenal-kenalkan diorg dulu.

LANGKAH KEEMPAT: Masukkan Induk Betina Selepas Induk Jantan Buat Buih
Sekiranya anda nampak induk jantan telah buat buih. Maknanya dia telah bersedia untuk mengawan. Buih tu sebenarnya adalah sarang. Selepas jantan buat buih masukkan la induk betina. Induk jantan dan betina nie sebaiknya dicampurkan atau dikahwinkan di awal pagi. Mula-mula anda lepaskan induk betina, induk jantan akan mengejar induk betina. Tapi jangan risau, sang jantan tu dah lama sangat mengidam kat induk betina tu. Biasanya menjelang tengahari ikan nie akan melakukan ritual peneluran..ikan jantan akan menari dengan mengibaskan ekornya, membelit betina dan mengutip telur dan memasukkannya ke dalam buih..’projek’ nie akan berlaku dari setengah jam hinga sejam..selepas ‘projek’ tu dah selesai, eloklah anda alih yg betina dan tinggalkan yang jantan sahaja..sebab jantan akan jaga telur dan anak-anak ikan nanti. Induk betina pula akan makan telur atau anak, tapi tak semua la induk betina akan makan telur atau anak. Jadi untuk selamat, lagi mudah anda asingkan je.
Telur tu akan menetas dalam masa 24jam hingga 36jam bergantung pada suhu semasa..sebaiknya letak di atas kayu atau rak..jangan letak atas simen..sejuk..mati ikan nanti. Selepas sehari anak ikan menetas, anda boleh samaada nak asingkan induk jantan atau tidak. Kalau anda tengok induk jantan ni makan anak, anda kena asingkan cepat-cepat. Tapi kalau tak makan, tak perlu asing la sebab induk jantan ni akan jaga dan pastikan tangki anda tidak dipenuhi jentik-jentik. Jentik-jentik ni boleh makan anak-anak ikan.
 
Ini la ritual bertelur
LANGKAH KELIMA: Penjagaan anak
Anak2 ikan laga perlu diberi makan selepas 3 hari mereka menetas, seeloknya rotifer disamping air hijau sebagai supplemen..kebaikan air hijau ni die akan melindungi badan anak ikan dari penembusan cahaya matahari yang boleh merosakkan mata dan organ anak ikan tersebut. Air hijau nie sebenarnya mengandungi phytoplankton bernama chorella secara majoritinya, tapi ada gak banyak species lain yg ada. Ia boleh didapati dari air ternakan ikan tilapia, ikan keli.
Selepas seminggu cuba ar dapatkan moina atau artemia untuk peringkat pemakanan seterusnya..ikan laga nie akan makan apa sahaja yang muat dengan mulutnye..satu lagi tips ikan laga nie akan lagi cantik dan cepat membesar jika diberi makanan hidup seperti jentik-jentik ataupun frozen blood worm.

Saturday 2 February 2013

Cara Menjaga Ikan Laga

Jangan campurkan ikan laga


ikan laga betina
Ikan laga yang sudah menjangkau usia yang matang tidak boleh diletakkan beberapa ekor di dalam satu tempat. Ini kerana ikan laga berdarah fighter dan akan bertarung dan membunuh ikan laga yang lain. Ikan laga jantan akan berlawan hingga salah seekor mati. Sekiranya ikan laga betina dicampurkan dengan ikan laga jantan, ikan betina akan luka dan cedera teruk. Kadangkala ikan betina juga akan mati. Ikan yang bergaduh dan cedera akan koyak ekornya. Ini akan mengurangkan kecantikan ikan tersebut. Namun, ikan laga betina boleh hidup secara berkelompok, dengan syarat ia dipelihara dengan jumlah yang banyak dalam satu tempat.

Dapatkan bekas yang sesuai



Pastikan saiz bekas yang digunakan sesuai dengan ikan laga kesayangan anda. Jangan gunakan bekas yang terlalu sempit. Kerana ini akan mengehadkan pergerakan ikan tersebut. Bekas yang sesuai, ialah bekas yang membolehkan ikan berenang. Bekas yang lutsinar, membolehkan kita melihat kecantikan ikan dari sudut pandangan sisi.Jangan letakkan ikan di dalam tin, kerana tin akan berkarat.

Letakkan tumbuhan


Tumbuhan air sebenarnya adalah sangat penting dalam memelihara ikan hiasan. Tumbuhan berguna kerana ia hidup dengan menggunakan bahan yang dikumuhkan oleh ikan. Kesannya, air akan sentiasa bersih dari bahan2 yang tidak dikehendaki. Namun pemilihan tumbuhan juga perlulah sesuai. Sebaiknya elakkan tumbuhan yang mengotorkan air. Ada tumbuhan yang cepat mati dan menjadi lembik serta berlendir. Pastikan samada tumbuhan tersebut memerlukan direct sunlight atau tidak. Namun, tumbuhan juga perlu diselenggara, dibuang akar yang terlampau banyak, dibuang bahagian yang sudah mati dan sebagainya.

Berikan makanan hidup


Ikan betta sangat sukakan makanan hidup. Antara yang paling mudah didapati ialah jejentik. Nyamuk akan membiak di dalam air yang tenang dan jernih. Ambillah sedikit jejentik, dan berilah ikan laga anda makan seminggu atau dua minggu sekali.

Letakkan daun ketapang

daun ketapang
 
ini dia pokok ketapang, beso jugak

Daun ketapang berupaya untuk menurunkan nilai pH dalam air yang beralkali. Ianya juga berupaya untuk membunuh bakteria, bertindak sebagai anti fungus dan agen anti kulat, meningkatkan tahap kualiti air dan bertindak sebagai bahan tonik bagi kegunaan di dalam akuarium. Oleh sebab itulah, ikan laga akan menjadi aktif apabila daun ketapang kering dimasukkan di dalam air. Air rendaman daun ketapang akan mengandungi asid organik seperti humik dan tanin. Asid ini akan mengurangkan nilai pH air serta menyerap dan menyahtoksidkan beberapa jenis logam berat seperti zink, aluminium dan kuprum. Daun ketapang bukan sahaja boleh digunakan untuk memastikan betta anda sihat dan aktif, bahkan ia juga boleh digunakan sebagai bahan semulajadi untuk merawat dan menghalang penyakit ikan. Sebagai contoh, di negara Thailand, daun ketapang digunakan secara meluas sebagai bahan untuk merawat luka ikan laga Siam selepas bertarung.

Letakkan kayu Hiasan


Letakkanlah kayu hiasan dan sebagainya, untuk dijadikan tempat ikan laga anda bermain, menyorok dan berenang mengelilinginya. Cara ini mungkin akan menggembirakan dan mengurangkan stress ikan laga kesayangan anda. Ikan laga yang stress akan kurang berenang, statik di bahagian dasar dan mempunyai warna yang pucat.

Tukar air tiga hari sekali

Air hendaklak ditukar bagi memastikan ikan sentiasa sihat dan tidak berpenyakit. Kekerapan bergantung kepada saiz bekas dan bagaimana kondisi tempat anda memelihara ikan tersebut. Sebaiknya air ditukar selang tiga hari. Namun sekiranya anda ada meletakkan tumbuhan air, air tidak perlu ditukar terlalu kerap, sebaliknya, tambahkan sedikit air yang baru.

Gunakan garam


Garam digunakan sekiranya ikan anda ditumbuhi sawang putih yang melekat di insang. Dengan meletakkan sedikit garam biru, ikan akan kembali sihat. Garam biru boleh diperoleh dari kedai ikan perhiasan. Namun, jangan gunakan dalam kuantiti yang terlalu banyak kerana ia akan menyebabkan ekor ikan menjadi koyak dan terluka. Hal ini kerana PH air yang terlalu beralkali tidak sesuai dengan ikan laga.

Gunakan air yang sesuai

Ramai yang menggunakan air tapis untuk memelihara ikan laga. Bagi yang tidak mempunyai air tapis masih boleh menggunakan air paip yang ditambah anti klorin. Anti klorin boleh dibeli dari kedai ikan perhiasan. Namun, adalah lebih baik menggunakan air paip yang telah lama ditadah dan dibiarkan sekurang-kurangnya selama seminggu. Selain itu, anda boleh gunakan air hujan. Air hujan didapati selamat untuk ikan laga.

Sayangi ikan anda

Tips terakhir ialah, sayangi ikan anda. Ikan akan lebih sihat, aktif dan cergas sekiranya mendapat kasih sayang dan penjagaan yang rapi. Beri makan mengikut waktu dan tidak dalam kuantiti yang terlampau banyak. Sentiasa menjaga kualiti air dan hiasilah bekas atau akuarium dengan tumbuhan dan sebagainya.