Saturday 2 February 2013

Cara Menjaga Ikan Laga

Jangan campurkan ikan laga


ikan laga betina
Ikan laga yang sudah menjangkau usia yang matang tidak boleh diletakkan beberapa ekor di dalam satu tempat. Ini kerana ikan laga berdarah fighter dan akan bertarung dan membunuh ikan laga yang lain. Ikan laga jantan akan berlawan hingga salah seekor mati. Sekiranya ikan laga betina dicampurkan dengan ikan laga jantan, ikan betina akan luka dan cedera teruk. Kadangkala ikan betina juga akan mati. Ikan yang bergaduh dan cedera akan koyak ekornya. Ini akan mengurangkan kecantikan ikan tersebut. Namun, ikan laga betina boleh hidup secara berkelompok, dengan syarat ia dipelihara dengan jumlah yang banyak dalam satu tempat.

Dapatkan bekas yang sesuai



Pastikan saiz bekas yang digunakan sesuai dengan ikan laga kesayangan anda. Jangan gunakan bekas yang terlalu sempit. Kerana ini akan mengehadkan pergerakan ikan tersebut. Bekas yang sesuai, ialah bekas yang membolehkan ikan berenang. Bekas yang lutsinar, membolehkan kita melihat kecantikan ikan dari sudut pandangan sisi.Jangan letakkan ikan di dalam tin, kerana tin akan berkarat.

Letakkan tumbuhan


Tumbuhan air sebenarnya adalah sangat penting dalam memelihara ikan hiasan. Tumbuhan berguna kerana ia hidup dengan menggunakan bahan yang dikumuhkan oleh ikan. Kesannya, air akan sentiasa bersih dari bahan2 yang tidak dikehendaki. Namun pemilihan tumbuhan juga perlulah sesuai. Sebaiknya elakkan tumbuhan yang mengotorkan air. Ada tumbuhan yang cepat mati dan menjadi lembik serta berlendir. Pastikan samada tumbuhan tersebut memerlukan direct sunlight atau tidak. Namun, tumbuhan juga perlu diselenggara, dibuang akar yang terlampau banyak, dibuang bahagian yang sudah mati dan sebagainya.

Berikan makanan hidup


Ikan betta sangat sukakan makanan hidup. Antara yang paling mudah didapati ialah jejentik. Nyamuk akan membiak di dalam air yang tenang dan jernih. Ambillah sedikit jejentik, dan berilah ikan laga anda makan seminggu atau dua minggu sekali.

Letakkan daun ketapang

daun ketapang
 
ini dia pokok ketapang, beso jugak

Daun ketapang berupaya untuk menurunkan nilai pH dalam air yang beralkali. Ianya juga berupaya untuk membunuh bakteria, bertindak sebagai anti fungus dan agen anti kulat, meningkatkan tahap kualiti air dan bertindak sebagai bahan tonik bagi kegunaan di dalam akuarium. Oleh sebab itulah, ikan laga akan menjadi aktif apabila daun ketapang kering dimasukkan di dalam air. Air rendaman daun ketapang akan mengandungi asid organik seperti humik dan tanin. Asid ini akan mengurangkan nilai pH air serta menyerap dan menyahtoksidkan beberapa jenis logam berat seperti zink, aluminium dan kuprum. Daun ketapang bukan sahaja boleh digunakan untuk memastikan betta anda sihat dan aktif, bahkan ia juga boleh digunakan sebagai bahan semulajadi untuk merawat dan menghalang penyakit ikan. Sebagai contoh, di negara Thailand, daun ketapang digunakan secara meluas sebagai bahan untuk merawat luka ikan laga Siam selepas bertarung.

Letakkan kayu Hiasan


Letakkanlah kayu hiasan dan sebagainya, untuk dijadikan tempat ikan laga anda bermain, menyorok dan berenang mengelilinginya. Cara ini mungkin akan menggembirakan dan mengurangkan stress ikan laga kesayangan anda. Ikan laga yang stress akan kurang berenang, statik di bahagian dasar dan mempunyai warna yang pucat.

Tukar air tiga hari sekali

Air hendaklak ditukar bagi memastikan ikan sentiasa sihat dan tidak berpenyakit. Kekerapan bergantung kepada saiz bekas dan bagaimana kondisi tempat anda memelihara ikan tersebut. Sebaiknya air ditukar selang tiga hari. Namun sekiranya anda ada meletakkan tumbuhan air, air tidak perlu ditukar terlalu kerap, sebaliknya, tambahkan sedikit air yang baru.

Gunakan garam


Garam digunakan sekiranya ikan anda ditumbuhi sawang putih yang melekat di insang. Dengan meletakkan sedikit garam biru, ikan akan kembali sihat. Garam biru boleh diperoleh dari kedai ikan perhiasan. Namun, jangan gunakan dalam kuantiti yang terlalu banyak kerana ia akan menyebabkan ekor ikan menjadi koyak dan terluka. Hal ini kerana PH air yang terlalu beralkali tidak sesuai dengan ikan laga.

Gunakan air yang sesuai

Ramai yang menggunakan air tapis untuk memelihara ikan laga. Bagi yang tidak mempunyai air tapis masih boleh menggunakan air paip yang ditambah anti klorin. Anti klorin boleh dibeli dari kedai ikan perhiasan. Namun, adalah lebih baik menggunakan air paip yang telah lama ditadah dan dibiarkan sekurang-kurangnya selama seminggu. Selain itu, anda boleh gunakan air hujan. Air hujan didapati selamat untuk ikan laga.

Sayangi ikan anda

Tips terakhir ialah, sayangi ikan anda. Ikan akan lebih sihat, aktif dan cergas sekiranya mendapat kasih sayang dan penjagaan yang rapi. Beri makan mengikut waktu dan tidak dalam kuantiti yang terlampau banyak. Sentiasa menjaga kualiti air dan hiasilah bekas atau akuarium dengan tumbuhan dan sebagainya.


27 comments:

  1. berapa kalikah ikan laga ini di beri makan?

    ReplyDelete
  2. Pagi dlm kol 7-8 mcm tu..pstu kali ke dua waktu dlm pukul 5-7 mlm

    ReplyDelete
  3. Boleh tak kalau saya ganti air dia ngn air masak ?

    ReplyDelete
  4. X bole..air masak sudah x mmpunyai gas oksigen..jadi gvna air hujan atau paip

    ReplyDelete
  5. Berapa lama nk taruk ikan laga kat air garam biru tu

    ReplyDelete
  6. Nak tanya... kalau air ikan ni nak letak berapa banyak anti klorin..

    ReplyDelete
  7. Nak tanya...apa punca ekor ikan laga kecut...saje je nak tanya....hehehehe

    ReplyDelete
  8. Bolehkah kita letak bekas ikna laga di nawah matahari ?


    ReplyDelete
  9. Bagaimanakah mau tau ITU ikan laga betina atau atau janatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jantan: ekor lawa, warna menarik dan panjang, selalunya yang dijual at pet shop, tapi ada juga yang ekor pendek dan x berapa lawa.
      Betina: ekor tak berapa lawa, warna tak berapa menarik dan pendek.

      Delete
  10. Macam mana ikan laga melakukan hubungan persenyawaab?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Male bettas must be kept separate from each other and from the female until she is ready to breed. The male builds a nest out of air bubbles on the surface of the water and then entices the female to lay her eggs under it, wrapping his body around hers to fertilize the eggs as she lays them. He then collects the eggs into his mouth and places them into his bubble nest. After breeding, the male chases the female away and takes care of the eggs and the babies. The female must be removed or she will be attacked by the male.

      Delete
  11. Kalau ikan laga betina dngn betina pon x boleh campur ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tapi dalam kelompok yang banyak dalam 8 ekor camtu.

      Delete
  12. Apa kesan jika ikan matang tidak dikahwinkan?

    ReplyDelete
  13. Single seumur hidup, kaki gaduh.

    ReplyDelete
  14. Kalau guna air paip tu perlu guna snti chlorin jugak ke?

    ReplyDelete
  15. Woori Casino Online Review & Bonus
    Woori 텍사스 홀덤 족보 casino online. Wagering requirements. Woori Casino is a 블랙 잭 애니 member 888 스포츠 of the Australian Real Time Gaming group, and 메리트 it is licensed 스코어 사이트 by the Kahnawake

    ReplyDelete