Jangan campurkan ikan laga
Ikan
laga yang sudah menjangkau usia yang matang tidak boleh diletakkan
beberapa ekor di dalam satu tempat. Ini kerana ikan laga berdarah
fighter dan akan bertarung dan membunuh ikan laga yang lain. Ikan laga
jantan akan berlawan hingga salah seekor mati. Sekiranya ikan laga
betina dicampurkan dengan ikan laga jantan, ikan betina akan luka dan
cedera teruk. Kadangkala ikan betina juga akan mati. Ikan yang bergaduh
dan cedera akan koyak ekornya. Ini akan mengurangkan kecantikan ikan
tersebut. Namun, ikan laga betina boleh hidup secara berkelompok, dengan
syarat ia dipelihara dengan jumlah yang banyak dalam satu tempat.
Dapatkan bekas yang sesuai
Pastikan
saiz bekas yang digunakan sesuai dengan ikan laga kesayangan anda.
Jangan gunakan bekas yang terlalu sempit. Kerana ini akan mengehadkan
pergerakan ikan tersebut. Bekas yang sesuai, ialah bekas yang
membolehkan ikan berenang. Bekas yang lutsinar, membolehkan kita melihat
kecantikan ikan dari sudut pandangan sisi.Jangan letakkan ikan di dalam
tin, kerana tin akan berkarat.
Letakkan tumbuhan
Tumbuhan
air sebenarnya adalah sangat penting dalam memelihara ikan hiasan.
Tumbuhan berguna kerana ia hidup dengan menggunakan bahan yang
dikumuhkan oleh ikan. Kesannya, air akan sentiasa bersih dari bahan2
yang tidak dikehendaki. Namun pemilihan tumbuhan juga perlulah sesuai.
Sebaiknya elakkan tumbuhan yang mengotorkan air. Ada tumbuhan yang cepat
mati dan menjadi lembik serta berlendir. Pastikan samada tumbuhan
tersebut memerlukan direct sunlight atau tidak. Namun, tumbuhan juga
perlu diselenggara, dibuang akar yang terlampau banyak, dibuang bahagian
yang sudah mati dan sebagainya.
Berikan makanan hidup
Ikan
betta sangat sukakan makanan hidup. Antara yang paling mudah didapati
ialah jejentik. Nyamuk akan membiak di dalam air yang tenang dan jernih.
Ambillah sedikit jejentik, dan berilah ikan laga anda makan seminggu
atau dua minggu sekali.
Letakkan daun ketapang
daun ketapang
ini dia pokok ketapang, beso jugak
Daun
ketapang berupaya untuk menurunkan nilai pH dalam air yang beralkali.
Ianya juga berupaya untuk membunuh bakteria, bertindak sebagai anti
fungus dan agen anti kulat, meningkatkan tahap kualiti air dan bertindak
sebagai bahan tonik bagi kegunaan di dalam akuarium. Oleh sebab itulah,
ikan laga akan menjadi aktif apabila daun ketapang kering dimasukkan di
dalam air. Air rendaman daun ketapang akan mengandungi asid organik
seperti humik dan tanin. Asid ini akan mengurangkan nilai pH air serta
menyerap dan menyahtoksidkan beberapa jenis logam berat seperti zink,
aluminium dan kuprum. Daun ketapang bukan sahaja boleh digunakan untuk
memastikan betta anda sihat dan aktif, bahkan ia juga boleh digunakan
sebagai bahan semulajadi untuk merawat dan menghalang penyakit ikan.
Sebagai contoh, di negara Thailand, daun ketapang digunakan secara
meluas sebagai bahan untuk merawat luka ikan laga Siam selepas
bertarung.
Letakkan kayu Hiasan
Letakkanlah
kayu hiasan dan sebagainya, untuk dijadikan tempat ikan laga anda
bermain, menyorok dan berenang mengelilinginya. Cara ini mungkin akan
menggembirakan dan mengurangkan stress ikan laga kesayangan anda. Ikan
laga yang stress akan kurang berenang, statik di bahagian dasar dan
mempunyai warna yang pucat.
Tukar air tiga hari sekali
Air
hendaklak ditukar bagi memastikan ikan sentiasa sihat dan tidak
berpenyakit. Kekerapan bergantung kepada saiz bekas dan bagaimana
kondisi tempat anda memelihara ikan tersebut. Sebaiknya air ditukar
selang tiga hari. Namun sekiranya anda ada meletakkan tumbuhan air, air
tidak perlu ditukar terlalu kerap, sebaliknya, tambahkan sedikit air
yang baru.
Gunakan garam
Garam
digunakan sekiranya ikan anda ditumbuhi sawang putih yang melekat di
insang. Dengan meletakkan sedikit garam biru, ikan akan kembali sihat.
Garam biru boleh diperoleh dari kedai ikan perhiasan. Namun, jangan
gunakan dalam kuantiti yang terlalu banyak kerana ia akan menyebabkan
ekor ikan menjadi koyak dan terluka. Hal ini kerana PH air yang terlalu
beralkali tidak sesuai dengan ikan laga.
Gunakan air yang sesuai
Ramai
yang menggunakan air tapis untuk memelihara ikan laga. Bagi yang tidak
mempunyai air tapis masih boleh menggunakan air paip yang ditambah anti
klorin. Anti klorin boleh dibeli dari kedai ikan perhiasan. Namun,
adalah lebih baik menggunakan air paip yang telah lama ditadah dan
dibiarkan sekurang-kurangnya selama seminggu. Selain itu, anda boleh
gunakan air hujan. Air hujan didapati selamat untuk ikan laga.
Sayangi ikan anda
Tips
terakhir ialah, sayangi ikan anda. Ikan akan lebih sihat, aktif dan
cergas sekiranya mendapat kasih sayang dan penjagaan yang rapi. Beri
makan mengikut waktu dan tidak dalam kuantiti yang terlampau banyak.
Sentiasa menjaga kualiti air dan hiasilah bekas atau akuarium dengan
tumbuhan dan sebagainya.
k...tq.
ReplyDeleteberapa kalikah ikan laga ini di beri makan?
ReplyDeleteBagi dia waktu pagi dan petang
DeleteMalam x perlu bagi mkn ka .. ?
DeleteMalam x perlu bagi mkn ka .. ?
DeletePagi dlm kol 7-8 mcm tu..pstu kali ke dua waktu dlm pukul 5-7 mlm
ReplyDeleteBoleh tak kalau saya ganti air dia ngn air masak ?
ReplyDeleteX bole..air masak sudah x mmpunyai gas oksigen..jadi gvna air hujan atau paip
ReplyDeleteBerapa lama nk taruk ikan laga kat air garam biru tu
ReplyDeleteGaram lain x leh ke
ReplyDeleteNak tanya... kalau air ikan ni nak letak berapa banyak anti klorin..
ReplyDeleteblh guna air mineral tak?
ReplyDeleteNak tanya...apa punca ekor ikan laga kecut...saje je nak tanya....hehehehe
ReplyDeleteBolehkah kita letak bekas ikna laga di nawah matahari ?
ReplyDeleteBoleh kah bagi air sungai?
ReplyDeleteBagaimanakah mau tau ITU ikan laga betina atau atau janatan
ReplyDeleteJantan: ekor lawa, warna menarik dan panjang, selalunya yang dijual at pet shop, tapi ada juga yang ekor pendek dan x berapa lawa.
DeleteBetina: ekor tak berapa lawa, warna tak berapa menarik dan pendek.
Agen Judi Online
ReplyDeleteDaftar Agen Bola Online
Agen Bola Terbaik
WALETBET
WALETBET99
Prediksi Bayern Munchen vs TSG Hoffenheim 27 Januari 2018
Macam mana ikan laga melakukan hubungan persenyawaab?
ReplyDeleteMale bettas must be kept separate from each other and from the female until she is ready to breed. The male builds a nest out of air bubbles on the surface of the water and then entices the female to lay her eggs under it, wrapping his body around hers to fertilize the eggs as she lays them. He then collects the eggs into his mouth and places them into his bubble nest. After breeding, the male chases the female away and takes care of the eggs and the babies. The female must be removed or she will be attacked by the male.
DeleteGaram lain boleh ke
ReplyDeleteKalau ikan laga betina dngn betina pon x boleh campur ke
ReplyDeleteBoleh tapi dalam kelompok yang banyak dalam 8 ekor camtu.
DeleteApa kesan jika ikan matang tidak dikahwinkan?
ReplyDeleteSingle seumur hidup, kaki gaduh.
ReplyDeleteKalau guna air paip tu perlu guna snti chlorin jugak ke?
ReplyDeleteWoori Casino Online Review & Bonus
ReplyDeleteWoori 텍사스 홀덤 족보 casino online. Wagering requirements. Woori Casino is a 블랙 잭 애니 member 888 스포츠 of the Australian Real Time Gaming group, and 메리트 it is licensed 스코어 사이트 by the Kahnawake